Semalam pergi ke PSA, buat observation tentang isu kualiti untuk course TQM. Bagi aku isu kualiti ni biasa je. Orang kata dah muak, cemuih. Tapi bila aku bawa coursemate aku iaitu student-student foreigner dari Sudan (Ahmed Othman) & amp; Iran (Ali Almouradi & Zahra)[Ahmed adalah architect yang bekerja di Qatar sementara Ali (Phd Candidate) adalah lecturer sebuah universiti di Iran].....memang diaorang amat menghargai apa yang ada di Polytechnics. Iran...walaupun dah wujud lebih 3000 tahun dahulu tapi masih respect dengan cara kita manage poli. Sudan...memang merasa amat takjub dengan segalanya yang ada di sini. Berkali-kali si Ahmed Othman tu puji...."I've make a right decision. I choose a right place to do my master", katanya. Aku rasa ia satu penghargaan kepada aku sebagai rakyat Malaysia. Kalau aku tak berkawan dengan diaorang ni memangla aku tak rasa apa-apa pun dengan apa yang aku ada. Tapi....sekarang aku rasa amat-amat menghargainya. Buatlah yang terbaik untuk apa yang kita ada.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment