Wednesday, April 1, 2009
PPSMI
Esok Mr Ahmed Osman, foreign student from Sudan dan aku akan pergi ke sebuah organization untuk survey tentang TQM Implementation. Buat assignment memang pening. Masalah utama adalah English. Sebab itulah kerajaan buat PPSMI. Sebagai pendidik dan sekarang ni sebagai pelajar aku turut terasa dengan isu nasional ni. Cuba baca blog chedet, aku memang setuju dengan apa kata Tun. English amat penting sebab untuk masa kini kita tak dapat nafikan bahawa ia adalah bahasa ilmu. Banyak jurnal-jurnal adalah dalam bahasa itu. Tapi dalam satu masa belajar dua kebolehan adalah amat sukar. Perlu menguasai Bahasa Inggeris, ilmu Matematik dan Sains....bagi aku hanya segelintir kita yang mampu. Aku sokong agenda kerajaan untuk mengutamakan BI supaya kita Bangsa Melayu mampu menguasainya tapi cara pelaksanaannya perlukan kajian lagi. Pakar-pakar Bahasa Inggeris, kenapa aku tak pernah lihat mereka cuba menghuraikan masalah keciciran ini melalui media-media massa (ke aku yang tengok TV & baca suratkahbar). Kenapa hanya Melayu yang tak pandai-pandai BI? Siapa yang tak bagus...pelajar atau pengajar, atau sistem pengajaran mereka??? Entahle....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment