Friday, April 24, 2009

Detik Perjuangan

18, 24 dan 25 April 09 adalah hari-hari penentuan. Moga kejayaan akan dimiliki.
Untuk kawan-kawan semua....Din (Mardi), Halim, Zack, Suhaimi, Muzafar (GMI), Shah (Unimep), Daus (Sato) , Zailani (JKR), Hafiz & Ahmed (Sudanese) etc ..all the best. Memang tension dibuatnya....mana nak kejar dateline thesis, exam lagi...peh. Dah tua bangka ni otak slow sikit. Tapi harapan tetap ada...insyallah.

Friday, April 3, 2009

PM Baru

Tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Najib di atas perlantikannnya menjadi PM yang ke 6. Lengkap dah teori rahman. Lepas ni teori apa plak???
Diharapkan beliau akan membawa Malaysia ke arah kecemerlangan yang sebenarnya. Bukan sekadar laungan.
Apapun Tun Abdullah sebenarnya adalah pembuka kepada segala macam keterbukaan. Bapa pembaharuan dan intergriti menjadikan keadaan politik negara sesuatu yang berbeza berbanding zaman Tun Mahathir. Moga pembaharuan ini merupakan satu anjakan paradigma yang akan memanafaatkan negara kita. Insyaalah....

Thursday, April 2, 2009

TQM visit



Semalam pergi ke PSA, buat observation tentang isu kualiti untuk course TQM. Bagi aku isu kualiti ni biasa je. Orang kata dah muak, cemuih. Tapi bila aku bawa coursemate aku iaitu student-student foreigner dari Sudan (Ahmed Othman) & amp; Iran (Ali Almouradi & Zahra)[Ahmed adalah architect yang bekerja di Qatar sementara Ali (Phd Candidate) adalah lecturer sebuah universiti di Iran].....memang diaorang amat menghargai apa yang ada di Polytechnics. Iran...walaupun dah wujud lebih 3000 tahun dahulu tapi masih respect dengan cara kita manage poli. Sudan...memang merasa amat takjub dengan segalanya yang ada di sini. Berkali-kali si Ahmed Othman tu puji...."I've make a right decision. I choose a right place to do my master", katanya. Aku rasa ia satu penghargaan kepada aku sebagai rakyat Malaysia. Kalau aku tak berkawan dengan diaorang ni memangla aku tak rasa apa-apa pun dengan apa yang aku ada. Tapi....sekarang aku rasa amat-amat menghargainya. Buatlah yang terbaik untuk apa yang kita ada.


Wednesday, April 1, 2009

PPSMI

Esok Mr Ahmed Osman, foreign student from Sudan dan aku akan pergi ke sebuah organization untuk survey tentang TQM Implementation. Buat assignment memang pening. Masalah utama adalah English. Sebab itulah kerajaan buat PPSMI. Sebagai pendidik dan sekarang ni sebagai pelajar aku turut terasa dengan isu nasional ni. Cuba baca blog chedet, aku memang setuju dengan apa kata Tun. English amat penting sebab untuk masa kini kita tak dapat nafikan bahawa ia adalah bahasa ilmu. Banyak jurnal-jurnal adalah dalam bahasa itu. Tapi dalam satu masa belajar dua kebolehan adalah amat sukar. Perlu menguasai Bahasa Inggeris, ilmu Matematik dan Sains....bagi aku hanya segelintir kita yang mampu. Aku sokong agenda kerajaan untuk mengutamakan BI supaya kita Bangsa Melayu mampu menguasainya tapi cara pelaksanaannya perlukan kajian lagi. Pakar-pakar Bahasa Inggeris, kenapa aku tak pernah lihat mereka cuba menghuraikan masalah keciciran ini melalui media-media massa (ke aku yang tengok TV & baca suratkahbar). Kenapa hanya Melayu yang tak pandai-pandai BI? Siapa yang tak bagus...pelajar atau pengajar, atau sistem pengajaran mereka??? Entahle....

Rumah sewa kat Jitra

Aku akan mula tugas 17 Jun 2009 lepas selesai semua exam dan final projek dan resultnya. Tapi aku kena keluar rumah yang aku sewa ni awalk sikit, tenant dah jual kepada orang lain. Jadi aku dah cuba survey rumah di sekitar tempat kerja baru , POLIMAS. Tapi masih tak confirm. Kalau ada sapa-sapa terbaca blog ni dan ada rumah untuk disewa kat kawasan tu bolehla hubungi aku....

Mukah
















Aku pernah bertugas di Mukah...lebih detail lagi, Politeknik Mukah. Dah ditinggalkan 1 tahun dulu. Masa aku datang...alahai sedihnya tempat ni. Masa tu 2005, tapi setibanya di sana, aku terkenangkan keadaan hometown aku masa tahun-tahun 70 an.

Khabarnya itu tempat CM, tapi setelah lama berkuasa barulah akhir-akhir ini ingin dimajukan. Kenapa jadi begitu?????? Mungkin tempat tu takde kepentingan...

Sapa-sapa yang akan posting Poli Mukah, disini ada gambar-gambar buat tatapan korang....





Posting

Semalam aku dapat call dari headquaters. Bagitau tentang posting. Macam yang diduga, aku akan ditempatkan di Jitra. Memang aku tak kisah di mana pun aku ditempatkan. Yang menurut perintah. Aku dah serve banyak tempat dengan gomen ni. Mula kat Kuching, Port Dickson, Shah Alam dan Mukah. Aku memang suka travelling, tapi as a goverment servant, gaji ciput je. Mana la cukup untuk cuti-cuti Malaysia. So itulah caranya.....pindah-pindah tempat kerja dapatla tengok negeri orang.
Sekarang aku rehat jap...buat master. Bukan rajin sangat pun nak belajar ni tapi saja nak grap all the oppurtunities yang government sediakan. Bukan senang dapat peluang macam ni...cuti belajar, gaji penuh, bagi elaun lagi, yuran dibayar. Kerja kita cuma belajo..
Jadi pada kawan-kawan yang terfikir-fikir tu, jangan tunggu lama. Ambil peluang anda sebagai pegawai kerajaan.